BELANJAWAN 2025 > BERITA

Lima Prospek Dibebaskan Secara PBSL Ditahan Semula Di Kelantan - Pengarah Penjara 

30/10/2024 06:04 PM

MACHANG, 30 Okt (Bernama) -- Sebanyak lima prospek yang dibebaskan melalui program Pelepasan Banduan Secara Berlesen (PBSL) di Kelantan telah ditahan semula setakat Oktober tahun ini, kata Pengarah Penjara Kelantan Penolong Kanan Komisioner (PKK) Hamid Taha.

Beliau berkata rata-rata prospek yang dibebaskan melalui program PBSL telah bekerja dalam beberapa sektor perkhidmatan dan pembinaan seperti tukang cuci, pekerja restoran dan buruh.

"Hanya lima orang daripada 2,357 prospek yang dibebaskan menerusi PBSL di Kelantan ditahan semula dan ternyata program dilaksanakan di penjara memberi impak yang positif kepada perubahan diri mereka.

"Malah, masyarakat di Kelantan pula didapati bersikap lebih terbuka serta kepercayaan majikan untuk menerima prospek ini bekerja di tempat mereka," katanya kepada pemberita pada Majlis Perasmian Penutupan Program Muzikal Muhibah dan Suara Dari Lembah Harapan Peringkat Zon Semenanjung Malaysia 2024 di Pusat Koreksional Machang di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Hamid berkata sebanyak 7,027 prospek sedang menjalani hukuman di empat penjara di Kelantan bagi tahun ini termasuk masing-masing 500 prospek di Penjara Satelit Pasir Mas dan Pusat Reintegrasi Penghuni (PRP) Kuala Krai.

"Sejumlah 2,600 prospek pula dijangka dibebaskan secara PBSL pada hujung tahun ini berbanding 1,800 prospek tahun lepas," katanya.

-- BERNAMA


 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan