BELANJAWAN 2025 > BERITA

Jepun Ikrar Sokong Malaysia Sebagai Pengerusi ASEAN 2025

30/10/2024 11:14 PM

KUALA LUMPUR, 30 Okt (Bernama) -- Jepun telah mengikrarkan sokongannya kepada Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN pada 2025, sekali gus menegaskan komitmen negara itu terhadap kestabilan dan kerjasama serantau.

Jaminan itu disampaikan semasa panggilan peringkat tinggi antara Menteri Luar Malaysia Datuk Seri Mohamad Hasan dan rakan sejawatannya dari Jepun Takeshi Iwaya pada Rabu.

Kementerian Luar Malaysia dalam satu catatan di laman Facebook rasminya menekankan bahawa kedua-dua pemimpin bertukar pandangan mengenai pelbagai isu serantau dan antarabangsa yang menjadi perhatian bersama.

“Menteri Luar Iwaya menegaskan semula sokongan Jepun terhadap jawatan pengerusi ASEAN yang akan datang oleh Malaysia pada 2025,” katanya.

Selain isu ASEAN, kedua-dua pihak mengesahkan komitmen mereka untuk mengukuhkan Perkongsian Strategik Komprehensif antara Malaysia dan Jepun, terutamanya dalam perdagangan dan pelaburan, pertahanan dan keselamatan, serta Dasar Pandang Ke Timur.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan