BELANJAWAN 2025 > BERITA

Belum Ada Kata Putus Berhubung Penukaran Sistem Pemilihan PKR - Fahmi

15/11/2024 06:44 PM

PUTRAJAYA, 15 Nov (Bernama) -- PKR belum membuat sebarang keputusan untuk mengubah sistem pemilihan parti itu daripada ‘satu anggota, satu undi’ kepada sistem perwakilan, kata Ketua Penerangan PKR Fahmi Fadzil.

Beliau berkata perkara tersebut telah dibincangkan, namun tiada sebarang keputusan muktamad dibuat mengenainya setakat ini. 

“Tak pasti, jangan kongsi. Saya ada meneliti sejumlah laporan dan sebagai Ketua Penerangan Keadilan (PKR), saya boleh sahkan waktu ini tidak ada keputusan, yang ada adalah perbincangan... jadi sukar untuk saya jawab tentang spekulasi ini,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

Semalam, seorang ketua cabang PKR dilaporkan menghantar surat kepada rakan sejawatnya untuk menentang cadangan menukar mekanisme pengundian itu.

Individu tersebut mendakwa cadangan itu akan mengehadkan hak mengundi ahli dan menjurus kepada penurunan sokongan akar umbi.

PKR dijangka mengadakan pemilihan parti pada Mei tahun depan. 

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan