KUALA LUMPUR, 6 Dis (Bernama) -- Tawaran awam permulaan (IPO) Winstar Capital Bhd sebanyak 14.5 juta saham untuk orang awam Malaysia terlebih langganan sebanyak 80.17 kali.
Pengeluar produk aluminium itu dalam makluman kepada Bursa Malaysia hari ini berkata, ia menerima sejumlah 19,881 permohonan daripada orang awam Malaysia untuk 1.18 bilion saham IPO bernilai RM411.92 juta.
Di bawah kategori Bumiputera Malaysia, katanya, sebanyak 9,849 permohonan untuk 502.41 juta saham IPO diterima yang mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 68.3 kali.
“Di bawah kategori awam Malaysia yang lain, kira-kira 10,032 permohonan untuk 674.50 juta saham IPO diterima yang mewakili kadar terlebih langganan sebanyak 92.03 kali,” katanya.
Di bawah IPO ini, sejumlah 7.25 juta saham IPO telah diperuntukkan untuk pengagihan di bawah kategori Bumiputera Malaysia dan 7.25 juta saham IPO lagi diperuntukkan di bawah kategori orang awam Malaysia.
Winstar Capital juga berkata sebanyak 15.95 juta saham IPO yang disediakan untuk permohonan oleh individu yang layak telah dilanggan sepenuhnya manakala 43.5 juta saham IPO yang ditawarkan melalui tawaran saham persendirian kepada pelabur terpilih telah sepenuhnya ditempatkan.
Syarikat itu menyasarkan untuk mengumpul RM19.79 juta daripada IPO berharga 35 sen sesaham.
Penyenaraiannya di Pasaran ACE Bursa Malaysia dijadualkan pada 19 Dis, 2024.
TA Securities Holdings Bhd ialah penasihat utama, penaja, penaja jamin tunggal dan ejen penempatan tunggal untuk IPO.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial