BELANJAWAN 2025 > BERITA

JUMLAH MANGSA BANJIR DI PAHANG, JOHOR KEKAL PAGI INI

15/12/2024 09:28 AM
From: Sakini Mohd Said

KUALA LUMPUR, 15 Dis (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir di Johor dan Pahang kekal 47 orang yang ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS), setakat 8 pagi ini.

Di JOHOR,  jumlah mangsa kekal 36 orang daripada 11 keluarga yang masih berteduh di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak di daerah Segamat. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Johor Tan Sri Dr Azmi Rohani dalam kenyataan hari ini memaklumkan stesen Sungai Muar di Buloh Kasap, Segamat merekodkan bacaan aras air melepasi paras amaran dengan bacaan 8.80 meter (m), manakala Sungai Paya Dato, Mersing (1.45m) dan Sungai Muar di Jeti Kampung Tekam, Segamat (3.30m) berada pada paras waspada.  

Menurutnya, keadaan cuaca di sembilan daerah di Johor diramalkan cerah kecuali Mersing yang dijangka mendung pagi ini. 

Di PAHANG, jumlah mangsa banjir juga kekal dengan 11 orang daripada empat keluarga di daerah Maran dan ditempatkan di Balairaya Kampung Baru Pertanian. 

Sementara itu, semakan di portal Public Info Banjir Jabatan Pengairan dan Saliran mendapati hanya satu sungai utama di Pahang iaitu Sungai Pahang di Lubuk Paku Maran telah melebihi tahap amaran dengan bacaan aras air 18.57m.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan