KUCHING, 15 Dis (Bernama) -- Kuching City FC gagal memanfaatkan kelebihan beraksi di laman sendiri apabila tewas 0-1 kepada Sabah FC dalam perlawanan suku akhir pertama Piala Malaysia di Stadium Negeri Sarawak, malam ini.
Jaringan tunggal Muhammad Farhan Roslan pada minit ke-32 memberikan kelegaan buat skuad Sang Badak yang dikendalikan oleh Martin Stano.
Keputusan ini memberi kelebihan tipis kepada Sabah FC menjelang aksi suku akhir kedua di Stadium Likas, Kota Kinabalu, pada 23 Dis ini.
Aksi babak pertama dikuasai oleh Sabah FC apabila Farhan menjaringkan gol menerusi tandukan dalam kawasan kotak penalti dan walaupun Kuching City cuba bangkit, benteng pertahanan kental Sabah FC berjaya menangkis segala gerakan dan percubaan pihak lawan.
Babak kedua menyaksikan tuan rumah gigih mencari peluang untuk menyamakan kedudukan namun semua percubaan mereka gagal menembusi gawang Sabah FC.
Walaupun pengadil memberikan tambahan masa kecederaan selama lima minit, keputusan 1-0 kekal sehingga wisel penamat dibunyikan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial