BELANJAWAN 2025 > BERITA

Abg Yahya Rangkul Emas Kejohanan Dunia Boling Para IBF

21/01/2025 02:57 PM

KUALA LUMPUR, 21 Jan (Bernama) -- Skuad boling para negara meraih pingat emas menerusi acara perseorangan lelaki TPB4 (kecacatan intelektual) pada Kejohanan Dunia Boling Para Persekutuan Boling Antarabangsa (IBF) 2025 di Hong Kong hari ini.

Pada acara berlangsung di pusat boling Kai Tak Sports Park, Kowloon itu, Abg Yahya Abg Azhar mengumpul 1,435 jatuhan pin dalam lima permainan, mengatasi Yun Seung Sang dari Korea Selatan yang merangkul perak selepas mencatat 1,380 jatuhan pin.

Pingat gangsa pula dimenangi wakil Australia, Kallan Strong dengan 1,359 jatuhan pin.

Tiga lagi atlet negara Mahamad Rizuan Madzhi menduduki tempat ketujuh dengan merekodkan 1,235 jatuhan pin manakala Muhd Zul Adly Majeni dan Mohd Hazim Sazali menamatkan saingan di tempat ke-11 dan ke-16 dengan masing-masing mengumpul 1,121 dan 1,061 jatuhan pin.

Semalam, Abg Yahya, atlet berusia 26 tahun dari Sarawak bersama Mahamad Rizuan, Muhd Zul Adly dan Mohd Hazim meraih pingat perak dalam acara berpasukan lelaki TPB4.

Kejohanan Dunia Boling Para IBF 2025 berlangsung dari 17 hingga 24 Jan ini. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan