BELANJAWAN 2025 > BERITA

Banjir Di Larut Matang Dan Selama, 42 Terpaksa Dipindahkan

25/01/2025 02:47 PM

IPOH, 25 Jan (Bernama) -- Daerah Larut Matang dan Selama dilanda banjir pagi tadi menyebabkan 42 mangsa dari 15 keluarga terpaksa berlindung di Pusat Penempatan Sementara (PPS) Dewan Orang Ramai Simpang Halt. 

Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Perak dalam kenyataan memaklumkan banjir disebabkan hujan lebat berterusan selama sejam pagi tadi mengakibatkan beberapa kawasan di Kampung Simpang Halt dinaiki air.

“Melalui pantauan, keadaan air yang semakin naik menyebabkan satu PPS dibuka dan penduduk terpaksa dipindahkan,” kata kenyataan berkenaan.

Sementara itu Sungai Bidor di Changkat Jong, Hilir Perak berada pada paras berjaga-jaga iaitu 3.25 meter berbanding paras normal 2.00 meter.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan