BELANJAWAN 2025 > BERITA

Fahmi Bertemu Persatuan ALIFE, Teliti Mekanisme Penganjuran Konsert

20/02/2025 10:25 PM

KUALA LUMPUR, 20 Feb (Bernama) -- Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil mengadakan pertemuan bersama Persatuan Penggiat Festival Antarabangsa (ALIFE) yang mewakili penganjur konsert dan syarikat jualan tiket utama.

Menerusi hantaran di Facebook, Fahmi berkata mereka telah meneliti mekanisme sedia ada bagi bayaran balik akibat pembatalan konsert serta hak pembeli tiket di bawah undang-undang perlindungan pengguna.

“Selain daripada ejen jualan tiket, pengguna juga boleh menggunakan proses Tribunal Tuntutan Pengguna untuk mendapatkan pampasan, iaitu pihak tribunal akan menilai dan menentukan kelayakan pampasan.

“Perbincangan ini mengukuhkan komitmen kerajaan MADANI dan semua pihak dalam melindungi hak pengguna serta memastikan mekanisme pampasan yang adil dan berkesan dapat dilaksanakan,” katanya.

Pertemuan yang disertai Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching itu turut dihadiri Ketua Pengarah Bahagian Penguatkuasa Datuk Azman Adam serta Pengarah Seksyen Kawalan Harga dan Antipencatutan Zubir Hamsa.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan