BELANJAWAN 2025 > BERITA

Ahmad Shapawi Dilantik Pengerusi YAKEB - KBS

08/03/2025 04:20 PM

KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Datuk Ahmad Shapawi Ismail hari ini diumum secara rasmi sebagai Pengerusi Yayasan Kebajikan Atlet Kebangsaan (YAKEB) berkuat kuasa hari ini. 

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) dalam satu kenyataan menerusi Instagram rasmi melahirkan keyakinan pengalaman luas Ahmad Shapawi sebagai bekas Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) menjadikan beliau individu tepat menerajui YAKEB dan memastikan kebajikan bekas atlet negara terjaga.

“KBS mengucapkan tahniah kepada Ahmad Shapawi atas pelantikan beliau sebagai Pengerusi YAKEB. KBS yakin Ahmad Shapawi adalah figura yang mampu menerajui YAKEB dengan baik dan menjaga kebajikan bekas atlet negara,” menurut kenyataan itu.

Ahmad Shapawi menggantikan Datuk Noorul Ariffin Abdul Majeed yang menerajui YAKEB sejak 2019.

Beliau akan dibantu Ahli Lembaga Pengarah YAKEB bagi penggal 2025-2027 terdiri daripada Hafiz Mat Ramly (Ketua Penolong Setiausaha, Kementerian Kewangan), Chan Hong Jin (Timbalan Ketua Setiausaha (Strategik) KBS) dan Dr Ahmad Munawwar Helmi Salim (Pengarah Institut Sukan Negara). 

Ahli lembaga pengarah lain ialah Normala Abdul Rashid (bekas pemain bola sepak negara/Presiden Kelab Sukan dan Amal Srikandi), Sharon Wee Ee Li (bekas atlet skuasy negara/Naib Presiden 1 Persatuan Raket Skuasy Malaysia), R. Sharmendran (bekas atlet karate negara/Ketua Jurulatih Sementara Skuad Karate Kebangsaan) dan bekas pemain badminton negara Soo Beng Kiang. 

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan