KUALA LUMPUR, 8 Mac (Bernama) -- Tampil terbaik, rasa terbaik dan raikan sisi terbaik diri anda melalui kempen istimewa “Serlahkan PeRAYAan Mu dengan Guardian”.
Pengarah Pemasaran Guardian Malaysia Priscilla Wu berkata Guardian mengakui kepentingan penjagaan diri sepanjang Ramadan, dengan menekankan keperluan untuk meluangkan masa untuk diri sendiri di samping persediaan rohani dan jasmani.
“Sebagai rakan yang dipercayai, kami (Guardian) di sini untuk membantu anda bersinar dengan keyakinan, kecantikan, dan kesejahteraan, supaya anda benar-benar dapat menyerlahkan raya anda bersama Guardian!”
“Selain persediaan rohani, mental, dan jasmani sepanjang Ramadan, penjagaan diri adalah kunci! Sama ada untuk kulit yang berseri, rambut yang sihat, atau kesejahteraan menyeluruh, Guardian menyediakan segala yang anda perlukan untuk meraikan hari raya dengan rasa berseri, yakin dan segar,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Kenyataan itu memaklumkan Guardian mengadakan pelbagai tawaran hebat, potongan harga, ganjaran, dan pelancaran produk baharu termasuk jenama terhangat di semua stor fizikal dan stor dalam talian Guardian bagi membantu rakyat Malaysia menyerlahkan sambutan raya mereka.
Guardian menawarkan potongan hingga 50 peratus untuk jenama kecantikan dan penjagaan diri terpilih, bersama Ganjaran Hadiah Raya Percuma (GWP) eksklusif dan pelanggan juga boleh mendapatkan hadiah hebat seperti pemanggang BBQ elektrik, periuk kaserol seramik dan beg kecantikan bergaya.
Selain itu, sampul raya hijau Guardian juga boleh ditebus selagi stok masih ada.
Guardian Malaysia juga melancarkan sebuah filem muzikal raya "Serlahkan PeRAYAan Mu dengan Guardian," yang mengisahkan tentang sebuah keluarga pada pagi raya dengan bangganya mendedahkan kepada tetamu rahsia mereka menjaga kecantikan dan kesihatan mereka dengan bantuan Guardian.
Selaras dengan inisiatif Guardian #loveforlocal yang menyokong bakat tempatan, filem muzikal itu dibintangi pelakon dan penyanyi berbakat, Alyssa Dezek selaku watak utama.
Filem muzikal ini menjadi peringatan yang menghiburkan bahawa setiap orang berhak untuk merasa yang terbaik pada setiap peringkat kehidupan. Saksikan filem istimewa ini sekarang menerusi YouTube dan semua platform digital Guardian.
Menurut kenyataan itu, Guardian terus meraikan ekspresi diri melalui inisiatif #loveforlocal, dan akan berkolaborasi dengan jenama fesyen tempatan terkenal, Fiziwoo yang bakal menampilkan kepelbagaian keindahan Malaysia melalui reka bentuk fesyen mereka yang tersendiri.
“Melalui kolaborasi ini, Guardian memperkasakan rakyat Malaysia untuk mengekspresi diri mereka, bukan sahaja melalui penjagaan diri dan kesejahteraan, tetapi juga melalui fesyen yang mencerminkan identiti mereka.
“Menerusi kerjasama dengan pereka tempatan, kami (Guardian) mencipta ruang iaitu kecantikan, keyakinan, dan budaya bersatu sekali gus membolehkan setiap individu untuk benar-benar ‘Menyerlahkan Kecantikan Mereka’ dengan cara tersendiri,” menurut kenyataan itu.
Menerusi kerjasama itu, Fiziwoo akan menghadiahkan hadiah raya istimewa kepada pelanggan berserta produk eksklusif Guardian yang membeli ciptaan Fiziwoo bernilai lebih RM150.
Selain itu, dengan semangat Ramadan, Guardian turut meneruskan tradisi memberi kembali kepada yang memerlukan melalui aktiviti beli-belah istimewa.
“Inisiatif ini menyumbangkan hadiah raya bernilai RM10,000 kepada 100 kanak-kanak dari Pertubuhan Kebajikan dan Perlindungan Nur Qaseh Malaysia, menyebarkan kegembiraan dan semangat perayaan pada musim yang bermakna ini,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial