KUALA LUMPUR, 11 Sept (Bernama) -- Beregu wanita negara, Pearly Tan-M.Thinaah tidak berdepan masalah untuk melangkah ke pusingan suku akhir Kejohanan Badminton Terbuka Hong Kong 2025.
Pada aksi pusingan kedua yang berlangsung di Hong Kong Coliseum, pilihan kedua kejohanan yang juga juara bertahan itu menewaskan wakil Indonesia, Febriana Dwipuji Kusuma-Meilyssa Trias Puspitasari 21-18, 21-17 dalam masa 38 minit.
Menanti ranking kedua dunia itu sama ada rakan senegara Go Pei Kee-Teoh Mei Xing atau gandingan Taiwan, Hsu Ya Ching-Sung Yu-Hsuan.
Bagaimanapun, nasib tidak menyebelahi beregu lelaki, Man Wei Chong-Tee Kai Wun apabila ditunjukkan jalan keluar oleh pasangan Taiwan, Lee Jhe-Huei-Yang Po-Hsuan 17-21, 21-11, 15-21.
Terdahulu, beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King turut mara selepas menyingkirkan gandingan senegara Choong Hon Jian-Muhammad Haikal Nazri 21-17, 21-19, sekali gus akan bertemu Satwiksairaj Rankireddy-Chirag Shetty dari India.
Sementara itu, pemain perseorangan lelaki, Aidil Sholeh Ali Sadikin pula kandas selepas tunduk kepada pilihan keenam kejohanan dari Perancis, Christo Popov 17-21, 19-21.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial