BELANJAWAN 2025 > BERITA

Terbuka Hong Kong: Pearly-Thinaah Mara Ke Separuh Akhir

12/09/2025 06:05 PM

KUALA LUMPUR, 12 Sept (Bernama) -- Beregu wanita negara, Pearly Tan-M Thinaah, menepati ramalan apabila mara ke separuh akhir selepas menumpaskan rakan senegara, Go Pei Kee-Teo Mei Xing hari ini.

Pada aksi di Hong Kong Coliseum, pasangan ranking kedua dunia itu tidak berdepan masalah untuk mencatat kemenangan straight set 21-12, 21-15 dalam tempoh 31 minit.

Naib juara Kejohanan Dunia itu akan berdepan gandingan China, Jia Yifan-Zhang Shuxian, di separuh akhir esok selepas pasangan berkenaan menundukkan beregu Taiwan, Hsieh Pei Shan-Hung En Tzu, 21-12, 21-7.

Sementara itu, hasrat beregu lelaki negara, Wan Arif Wan Junaidi-Yap Roy King, untuk mengikut jejak langkah sama tidak kesampaian selepas tunduk kepada gandingan India, Chirag Shetty-Satwiksairaj Rankireddy.

Bagaimanapun, pujian harus diberikan kepada pasangan negara itu kerana tidak membenarkan lawan mereka meraih kemenangan mudah, sebelum tewas dalam pertarungan rubber set 14-21, 22-20, 16-21 dalam tempoh lebih sejam.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan