BERITA TERGEMPAR   Selangor FC pulls out of 2024 Charity Shield match, stating it will not compromise on team safety | 

POLIS TAHAN LELAKI BERSAMA PIL YABA BERNILAI LEBIH RM12,000

27/04/2024 08:41 AM

KOTA BHARU, 27 April (Bernama) -- Polis menahan seorang lelaki bersama 823 biji pil yaba dianggar bernilai lebih RM12,000 di sebuah bangsal kereta di Kampung Taman Wira, Kampung Kedap, Rantau Panjang dekat sini.

Ketua Polis Daerah Pasir Mas Kama Azural Mohamed dalam kenyataan berkata lelaki itu ditahan dalam serbuan 12.30 tengah malam semalam oleh sepasukan polis dari Balai Polis Rantau Panjang.

Beliau berkata ujian saringan awal air kencing mendapati suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan tidak mempunyai rekod jenayah lampau.

"Polis turut menyita sebuah kereta dan sebuah motosikal dianggarkan bernilai RM25,000 dengan nilai keseluruhan rampasan dadah bersama harta yang disita ialah RM37,345," katanya.

Kama Azural berkata suspek direman tujuh hari bermula semalam sehingga 2 Mei ini bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan tindakan juga diambil di bawah Akta Dadah Berbahaya (Pelucuthakan Harta) 1988.

"Polis menyeru orang ramai terus menyalurkan sebarang informasi berkaitan aktiviti penyalahgunaan dadah agar tindakan pembanterasan dapat dipertingkatkan bagi memastikan negeri Kelantan khususnya Pasir Mas bebas daripada jenayah ini," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan