DUA RAKAN LEMAS DI PANTAI KUALA MUDA

16/06/2024 09:41 PM

KEPALA BATAS, 16 Jun (Bernama) -- Dua lelaki dilaporkan lemas ketika mandi di Pantai Kuala Muda di sini hari ini, kata pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Utara (SPU) Supt Zulkeflee Sulaiman.

Beliau berkata mangsa dikenali Ho Wei Keat, 26, dan Lim You Yi, 14, lemas ketika mandi di pantai itu bersama rakan-rakan mereka.

"Sekumpulan 13 individu pergi ke kawasan pantai itu sebelum dua daripadanya dilaporkan hilang kira-kira 5 petang tadi.

"Berikutan itu, pihak berkuasa menjalankan operasi mencari dan menyelamat sebelum mayat pertama iaitu Ho ditemukan pada 6.50 petang manakala mayat kedua (Lim) pula dijumpai 7.30 malam tadi," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Kepala Batas untuk bedah siasat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan