ANGGOTA PENGUAT KUASA DITAHAN BANTU SIASATAN RASUAH

29/06/2024 10:46 PM

KUALA LUMPUR, 29 Jun (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Kuala Lumpur menahan seorang anggota penguat kuasa semalam kerana disyaki meminta wang suapan sebanyak RM60,000 daripada seorang individu sebagai balasan bagi menutup kes melibatkan kesalahan menipu.

Sumber SPRM berkata lelaki berusia 40-an itu ditahan pada 11 malam di sekitar ibu kota.

Menurut sumber berkenaan suspek telah berjumpa individu itu di sebuah restoran di sini tetapi menghilangkan diri selepas mengarahkan individu itu menunggunya di lokasi tidak jauh dari restoran bagi menyerahkan wang rasuah yang diminta.

“Suspek bagaimanapun berjaya ditahan dan dilepaskan dengan jaminan SPRM sebanyak RM10,000 dengan seorang penjamin selepas keterangannya direkodkan,” kata sumber berkenaan kepada Bernama.

Pengarah SPRM Kuala Lumpur Datuk Mohamad Fauzi Husin ketika dihubungi mengesahkan tangkapan itu dan memaklumkan kes disiasat di bawah Seksyen 17 (a) Akta SPRM 2009.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 IFLIX dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan