TIADA PERKEMBANGAN TERBARU KES SIMBAH ASID FAISAL HALIM - MOHD SHUHAILY

09/07/2024 07:27 PM

JOHOR BAHRU, 9 Julai (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak mempunyai perkembangan terbaru berhubung kes serangan simbah asid melibatkan pemain kebangsaan dan Selangor FC Muhammad Faisal Halim atau Faisal Halim.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain berkata biarpun tanpa perkembangan terkini, pihaknya sentiasa giat dan tidak berhenti menjalankan siasatan terhadap kes berkenaan.

"Belum ada perkembangan (terbaru). Ingin saya tekankan, tiada kemas kini tapi bukan bermakna kita menghentikan siasatan.

"Dengan komitmen yang ditunjukkan pegawai-pegawai saya dalam kes lain juga, kita tidak pernah berhenti (siasat). Cuma perkembangan itu mungkin tidak sepertimana yang orang ramai harapkan kerana buat masa ini kita bergantung kepada risikan," katanya pada sidang media bersama PDRM dan Singapore Police Force (SPF) di Bangunan Sultan Iskandar (BSI) di sini hari ini. 

Pada 5 Mei lepas, Faisal Halim, 26, menjadi mangsa simbahan asid di sebuah pusat beli-belah di Kota Damansara, Kuala Lumpur menyebabkan beliau mengalami kelecuran tahap empat pada beberapa bahagian badan. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan