WARGA EMAS TINGGAL SENDIRIAN DITEMUKAN MAUT DALAM KEBAKARAN

12/07/2024 08:37 AM

KOTA BHARU, 12 Julai (Bernama) -- Warga emas yang tinggal bersendirian ditemukan maut dalam kebakaran di sebuah rumah di Kampung Bukit, Wakaf Bharu pada 7.30 malam tadi.

Mangsa Halimah Awang, 85, dijumpai anggota bomba di bilik air dalam keadaan tertiarap dan melecur pada beberapa bahagian anggota badan.

Ketua Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Wakaf Bharu Nazah Nafi berkata sepasukan 19 pegawai serta anggota termasuk dari BBP Tunjong bergegas ke lokasi sebaik menerima panggilan pukul 8.04 malam.

"Sebaik tiba di tempat kejadian, kebakaran didapati sudah 70 peratus memusnahkan sebuah rumah jenis sementara kekal.

"Apabila api berjaya dikawal pada 8.37 malam, kami menemukan mangsa berada di bilik air dalam keadaan tertiarap," katanya dalam kenyataan, semalam.

Beliau berkata kes itu diserahkan kepada polis sebelum dibawa ke Hospital Tumpat untuk tindakan lanjut.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan