REMAJA LELAKI JATUH BOT DI PEKAN DITEMUKAN LEMAS

15/07/2024 06:00 PM

KUANTAN, 15 Julai (Bernama) -- Remaja lelaki yang dilaporkan hilang dipercayai terjatuh bot di Sungai Pahang berhampiran Kampung Orang Asli Tanah Merah, Pekan pada Sabtu lepas, ditemukan lemas hari ini.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang memaklumkan mayat Muhammad Danial Fakhrullah Mohd Azri, 17, dijumpai terapung oleh penduduk kampung pada 11.44 pagi tadi.

"Mayat mangsa ditemukan berhampiran Kampung Tanjung, Pekan kira-kira 25 kilometer dari lokasi dia dilaporkan terjatuh,” katanya ketika dihubungi.

Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut. 

Media sebelum ini melaporkan pelajar tingkatan lima itu dikatakan hilang ketika menaiki bot untuk menangkap ikan di sungai berkenaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan