BERITA TERGEMPAR   PRK Nenggiri: Jentera PH akan digerakkan bantu kempen calon BN- Fahmi | 

POLIS GOMBAK LUPUS BARANG KES BERNILAI RM1.31 JUTA

19/07/2024 11:55 AM

GOMBAK, 19 Julai (Bernama) -- Polis Gombak melupuskan pelbagai barang kes melibatkan peralatan perjudian, barangan kontraban, minuman keras, rokok dan mesin bitcoin bernilai kira-kira RM1.31 juta. 

Ketua Polis Daerah Gombak ACP Noor Ariffin Mohamad Nasir berkata ia termasuk 183,111 barang kes membabitkan 896 kertas siasatan sejak 2020 sehingga tahun ini, dilupuskan oleh Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak dengan nilai pelupusan dianggarkan RM1.2 juta.

Beliau berkata Bahagian Siasatan Jenayah Komersil IPD Gombak pula melupuskan 100 barang kes yang membabitkan 16 kertas siasatan sejak 2015 sehingga tahun ini dengan nilainya dianggarkan RM110,000. 

“Keseluruhan pelupusan ini meliputi barang kes perjudian berjumlah 2,650 set komputer, telefon bimbit, router, kertas loteri,  mesin cetak, kalkulator, daun terup, meja dan pen manakala bagi barang kes bitcoin terdiri daripada 316 mesin mining bitcoin, set komputer, komputer riba, ‘router’ dan kabel. 

“Barangan kontraban pula terdiri daripada 112,730 kotak pelbagai jenama rokok, 54,180 tin pelbagai jenama minuman keras dan 9,940 botol pelbagai jenama minuman keras yang tidak bercukai,” katanya pada sidang media majlis pelupusan barang kes perdana 2024 peringkat IPD Gombak, di sini hari ini. 

Noor Ariffin berkata semua barang kes akan dilupuskan dengan kaedah E-Waste dan musnah seperti tanam, bakar dan buang mengikut prosedur yang ditetapkan oleh Jabatan Alam Sekitar serta Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan