ASRAMA SMK SONG 1 TERBAKAR, EMPAT WARDEN DAN DUA PELAJAR SELAMAT

21/07/2024 08:26 PM

KAPIT, 21 Julai (Bernama) -- Empat warden dan dua pelajar lelaki Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Song 1 sempat menyelamatkan diri dalam kebakaran melibatkan bangunan asrama sekolah itu hari ini.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata pihaknya menerima panggilan berkaitan kejadian pada 4.15 petang dan anggota Balai Bomba dan Penyelamat Song digegaskan ke lokasi yang jaraknya hanya dua kilometer.

"Kebakaran melibatkan bangunan dua tingkat jenis kekal. Kebakaran hanya melibatkan tingkat atas sebanyak 60 peratus,” katanya dalam kenyataan.

Beliau berkata operasi pemadaman menggunakan satu aliran 91 meter dua nozel air dari pam pili bomba dan satu aliran hos salur bantu mula.

Kebakaran, katanya tidak melibatkan sebarang kecederaan atau kemalangan jiwa manakala puncanya sedang disiasat.

 -- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan