POLIS TAHAN PENGASUH DISYAKI DERA, ABAI BAYI SEHINGGA PATAH PAHA

24/07/2024 09:31 PM

JOHOR BAHRU, 24 Julai (Bernama) -- Polis menahan seorang pengasuh wanita disyaki melakukan penderaan dan pengabaian bayi di kediamannya di Bandar Dato’ Onn di sini, Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan (JBS) ACP Raub Selamat berkata pihaknya menerima laporan berhubung seorang bayi perempuan berusia dua bulan mengalami patah paha kiri selepas dihantar ke rumah pengasuhnya pada Ahad lepas.

Beliau berkata bertindak atas maklumat, sepasukan polis daripada Bahagian Siasatan Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah JBS menahan wanita berumur 36 tahun itu kira-kira pukul 10.50 pagi pada Isnin. 

“Bagaimanapun, hasil semakan mendapati suspek tidak mempunyai sebarang rekod lampau dan hasil ujian saringan air kencing juga mendapati dia negatif dadah,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Raub berkata suspek kini direman selama enam hari bermula semalam hingga Ahad depan bagi siasatan lanjut dan kes disiasat di bawah Seksyen 31(1)(A) Akta Kanak-kanak 2001.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan