Pesara Lelaki Rugi Lebih RM650,000 Terpedaya Pelaburan Tidak Wujud

07/08/2024 02:00 PM

 JOHOR BAHRU, 7 Ogos (Bernama) -- Seorang pesara mendakwa kerugian lebih RM650,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud secara dalam talian, pada 26 Jun lepas. 

Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara ACP Balveer Singh Mahindar Singh berkata lelaki berusia 73 tahun itu menerima satu pautan daripada seorang individu bernama 'Tan Teng Boo' yang menjanjikan pulangan keuntungan 90 peratus daripada modal yang dilaburkan. 

Beliau berkata warga emas itu yang tertarik dengan tawaran tersebut telah bersetuju untuk membuat pelaburan sebelum melakukan sembilan transaksi ke lima akaun berbeza yang diberikan dengan modal keseluruhan RM655,109.80, bermula 2 Julai hingga 30 Julai lepas. 

“Bagaimanapun, mangsa menyedari telah ditipu apabila tidak berjaya membuat pengeluaran duit keuntungan yang dipaparkan pada pautan https://www.arohiltd.com/mobile/en-us/m.html#/signIn?redirect=%2F dan kemudian dimaklumkan oleh ‘Tan Teng Boo’ bahawa akaun berkenaan telah pun disekat, sebelum membuat laporan semalam,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan dan siasatan meliputi penglibatan keldai akaun, jika ada. Tindakan akan dikenakan terhadap pemilik akaun terlibat. 

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan