Polis Kesan Saksi Penting Kes Dadah

12/08/2024 08:25 PM

GEORGE TOWN, 12 Ogos (Bernama) -- Polis sedang mengesan seorang saksi penting bagi membantu siasatan berhubung satu kes dadah melibatkan tangkapan dan siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata lelaki itu dikenali sebagai Chong Sze Hou, 33, dengan alamat terakhir di Blok 9-15-16 Tingkat Paya Terubong 2, Taman Terubong Jaya di Air Itam di sini.

"Kepada individu tersebut atau orang ramai yang mempunyai maklumat di mana saksi itu berada boleh menghubungi mana-mana balai polis berdekatan bagi membantu siasatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata orang ramai juga boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Timur Laut Insp Mohd Adi Uzairi Mohd Basri di talian 018-270473 bagi menyalurkan maklumat.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan