Polis Rekod Keterangan Lelaki Pandu Kereta Lawan Arus Di George Town

19/08/2024 10:54 AM

GEORGE TOWN, 19 Ogos (Bernama) -- Polis mengesahkan telah memanggil seorang lelaki selepas rakaman videonya yang memandu melawan arus di Jalan Masjid Negeri di sini, tular di media sosial.

Ketua Polis Daerah Timur Laut ACP Razlam Ab Hamid berkata video berdurasi 39 saat yang dirakam daripada kamera papan pemuka kenderaan itu telah dimuat naik di aplikasi X dan hasil siasatan mendapati kejadian berlaku pada 4.48 petang Sabtu lepas.

“Susulan itu, pemandu kenderaan terbabit yang berusia 20-an telah dipanggil semalam untuk direkodkan keterangannya bagi tujuan siasatan

“Berdasarkan keterangan lelaki itu mendakwa dia dari Seberang Perai Selatan (SPS) dan tidak tahu selok belok jalan di George Town. Dia juga memberitahu hendak cepat ke hospital,” katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.

Razlam berkata saman turut dikeluarkan terhadap lelaki itu dan kes disiasat mengikut Seksyen 79(2) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. 

Beliau dalam pada itu menasihati orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi dan menularkan rakaman video berkenaan.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan