Empat Lelaki Larikan Barang Kemas Pelanggan Kedai

19/08/2024 09:58 PM

SHAH ALAM, 19 Ogos (Bernama) -- Tiga pelanggan sebuah kedai menjual barangan perkahwinan dan menjahit di sini kerugian kira-kira RM22,000 selepas barang kemas mereka disamun, semalam. 

Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Mohd Iqbal Ibrahim berkata dalam kejadian pada 12.25 tengah hari itu, empat lelaki bertopi keledar dan bertopeng masuk ke kedai berkenaan dengan bersenjatakan sebilah parang dan pisau.

Beliau berkata ketika kejadian, terdapat empat pelanggan dan tiga pekerja di dalam kedai itu.

"Suspek mengambil masa lebih kurang tujuh minit untuk melakukan samun dengan kerugian dialami pihak kedai adalah wang tunai berjumlah RM1,000, manakala barang kemas tiga pelanggan perempuan dilarikan suspek,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Mohd Iqbal berkata mangsa tidak mengalami kecederaan dan polis kini giat mengesan kesemua suspek yang berumur antara 30 hingga 40 tahun. 

Terdahulu, tular rakaman kamera litar tertutup berdurasi dua minit empat saat memaparkan situasi di sebuah kedai yang secara tiba-tiba diserbu empat lelaki.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan