Polis Sahkan Kejadian Tembakan Di Bandar Sunway

20/08/2024 10:20 PM

KUALA LUMPUR, 20 Ogos (Bernama) -- Polis mengesahkan berlaku kejadian tembakan di Bandar Sunway dekat sini, petang tadi.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya ACP Wan Azlan Wan Mamat ketika dihubungi Bernama berkata butiran lanjut berhubung kejadian akan dikeluarkan oleh Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan dalam masa terdekat.

Difahamkan seorang lelaki warga asing disyaki penjenayah dipercayai ditembak mati dalam kejadian tersebut.

Sementara itu Hussein ketika dihubungi berkata seorang penjenayah yang disyaki terbabit dalam beberapa kes samun ditembak mati di kawasan PJS, Petaling Jaya dekat sini malam ini.

Beliau berkata kejadian berlaku kira-kira 7 malam itu membabitkan pasukan Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman.

"Lelaki tersebut dipercayai warga asing dari Afrika yang disyaki terlibat dalam beberapa kes samun," katanya.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan