Mayat Lelaki Warga Emas Dikhuatiri Lemas Ketika Menjala Udang Ditemukan

20/08/2024 08:10 PM

ALOR SETAR, 20 Ogos (Bernama) -- Warga emas yang hilang selepas terjatuh ke dalam sungai ketika menjala udang di Kuala Sala, Yan, semalam, ditemukan lemas petang tadi.

Ketua Polis Daerah Yan DSP Shahnaz Akhtar Haji berkata mayat Ahmad Hashim, 71, ditemukan pada pukul 3.45 petang kira-kira 1.6 kilometer dari tempat warga emas itu dipercayai jatuh.

Beliau berkata polis menerima laporan berhubung kejadian itu pada pukul 7.26 malam oleh ahli keluarga yang memaklumkan bahawa warga emas itu masih belum pulang daripada menjala udang, dan disyaki jatuh ke dalam sungai.

“Operasi mencari dan menyelamat (SAR) dilancarkan sejak semalam membabitkan pelbagai agensi termasuk polis, bomba, Angkatan Pertahanan Awam selain penduduk kampung,” katanya dalam kenyataan hari ini.

"Operasi yang disambung hari ini berjaya menemukan mayat warga emas itu dan proses pengecaman telah dilakukan oleh anak lelakinya. Mayat telah dihantar ke Hospital Yan untuk proses bedah siasat dan operasi ditamatkan sepenuhnya pada pukul 4.50 petang," menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan