Bau Busuk Bawa Penemuan Mayat Dua Beranak

24/08/2024 10:27 PM

MUAR, 24 Ogos (Bernama) -- Bau busuk dari sebuah rumah di Sungai Abong di sini membawa kepada penemuan mayat seorang lelaki warga emas dan anak lelakinya yang juga Orang Kurang Upaya (OKU).

Ketua Polis Daerah Muar ACP Raiz Mukhliz Azman Aziz berkata polis menerima laporan daripada orang awam memaklumkan terdapat bau busuk dari rumah jiran mereka sebelum membuat pemeriksaan kira-kira 1 tengah hari tadi.

Beliau berkata polis kemudian menemukan dua beranak, masing-masing berusia 76 dan 37 tahun sudah meninggal dunia dipercayai sejak beberapa hari lepas.

"Turut ditemukan seorang wanita OKU berumur 44 tahun yang dilihat dalam keadaan lesu dan kelaparan. Dia ialah anak kepada warga emas yang meninggal dunia itu," katanya dalam kenyataan malam ini.

Raiz Mukhliz berkata kedua-dua mayat dihantar ke Hospital Pakar Sultanah Fatimah (HPSF) di sini dan kes setakat ini diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Beliau berkata wanita OKU itu juga dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.

-- BERNAMA


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan