PGA7 Tahan Dua Lelaki, Rampas 900,000 Batang Rokok Seludup Bernilai RM1.1 Juta

26/08/2024 10:58 PM

KOTA BHARU, 26 Ogos (Bernama) -- Batalion 7 Pasukan Gerakan Am (PGA7) berjaya menahan dua lelaki berusia 28 dan 29 tahun serta merampas 900,000 batang rokok seludup bernilai RM1.1 juta menerusi Op Taring Wawasan, Jumaat lepas.

Komander Briged Tenggara PGA, SAC Datuk Nik Ros Azhan Nik Ab Hamid berkata rampasan dilakukan oleh sepasukan anggota PGA7 selepas menahan sebuah lori dalam keadaan mencurigakan dekat Kampung Baru Salor, di sini, kira-kira jam 2 petang.

"Hasil pemeriksaan lanjut ke atas lori jenis Isuzu itu, pihaknya telah menemui puluhan kotak besar mengandungi sebanyak 900,000 batang rokok seludup jenama 'John Blend'

"Suspek dipercayai menjadi penghantar untuk menyeludup rokok tersebut ke pasaran tempatan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata kes tersebut diserahkan kepada Pegawai Penyiasat Jenayah Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu untuk tindakan selanjutnya dan disiasat mengikut Seksyen 135(1)(d) Akta Kastam 1967.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan