Empat Lelaki Ditahan Curi Kabel TM Di Sungai Siput

31/08/2024 12:27 AM

IPOH, 30 Ogos (Bernama) -- Polis menahan empat lelaki tempatan disyaki terbabit dengan aktiviti mencuri kabel milik Telekom Malaysia (TM) di kawasan Kampung Temin, Sungai Siput (U) hari ini. 

Ketua Polis Perak Datuk Azizi Mat Aris berkata kesemua suspek yang berusia lingkungan 26 hingga 45 tahun itu diberkas hasil maklumat orang awam jam 5.30 pagi tadi.

“ Hasil pemeriksaan awal juga berjaya menemukan empat keratan kabel dan beberapa peralatan digunakan untuk mencuri kabel serta sebuah kereta jenis Proton Saga FLX,” klatanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata saringan awal air kencing mendapati kesemua suspek positif dadah jenis Methamphetamine dan kini direman empat hari bermula hari ini sehingga Isnin ini bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 15 (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952..

Menurutnya sepanjang tempoh Januari lalu hingga sekarang, 17 suspek termasuk seorang warga asing ditangkap kerana disyaki terbabit dengan kegiatan mencuri kabel di daerah Sungai Siput.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan