Peniaga Rugi Setengah Juta Diperdaya Pelaburan Tidak Wujud

15/10/2024 10:47 AM

Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu ACP Azli Mohd Noor berkata pada 23 Ogos 2020, peniaga berumur 44 tahun telah ditawarkan menyertai satu usaha sama untuk membangunkan sebuah resort di Pulau Perhentian oleh syarikat Bmax Solution (M) Sdn Bhd.

Beliau berkata peniaga yang berasal dari Marang telah dijanjikan pulangan RM394,020 setiap tahun, selagi menyertai pelaburan berkenaan, dengan modal RM500,000.

"Mangsa yang tertarik dengan keuntungan besar bersetuju dan menandatangani perjanjian dengan membuat pembayaran modal ke akaun yang diarahkan secara berperingkat sehingga mencapai jumlah RM500,000," katanya dalam kenyataan hari ini.

Azli berkata selepas beberapa tahun menunggu peniaga itu masih belum menerima keuntungan yang dijanjikan, manakala suspek wanita yang pada awalnya memperkenalkan diri sebagai  Janah, gagal dihubungi. 

Peniaga itu merasa tertipu kemudiannya apabila semakan yang dibuat dengan pihak berkaitan mendapati bahawa tidak ada pembangunan resort di Pulau Perhentian seperti yang didakwa suspek.

Peniaga itu membuat laporan polis baru-baru ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan