Peniaga Kerugian Lebih RM200,000 Ditipu Pelaburan Tidak Wujud

14/10/2024 01:40 PM

KUANTAN, 14 Okt (Bernama) -- Seorang peniaga mengalami kerugian RM244,000 selepas terpedaya dengan skim pelaburan tidak wujud dalam talian yang menjanjikan pulangan berganda. 

Ketua Polis Pahang Datuk Seri Yahaya Othman berkata wanita berusia 35 tahun ini tertarik untuk menyertai satu skim pelaburan atas nama Efinity Capital yang menawarkan keuntungan lumayan sebanyak lima hingga 300 peratus daripada modal dilaburkan melalui Facebook, pada Julai lepas. 

“Mangsa telah memuat turun aplikasi pelaburan bernama ECMT Pro melalui pautan diberikan. Dalam tempoh 21 Ogos hingga 3 Okt, mangsa telah memindahkan sejumlah RM244,000 dengan 11 kali transaksi ke tiga akaun bank berbeza.

“Mangsa mula menyedari ditipu setelah tidak menerima sebarang keuntungan daripada suspek. Sumber kewangan adalah wang simpanan mangsa,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Susulan itu, Yahaya menasihati orang ramai tidak mudah percaya kepada pelaburan yang menawarkan keuntungan lumayan dalam masa singkat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan