Wanita Dan Lelaki Tempatan Ditahan Berhubung Kematian Seorang Kanak-kanak

17/10/2024 05:04 PM

BINTULU, 17 Okt (Bernama) -- Polis menahan seorang wanita dan seorang lelaki tempatan bagi membantu siasatan kes kematian seorang kanak-kanak lelaki berumur empat tahun tujuh bulan, di sini Selasa lepas.

Tanpa memberikan butiran mengenai tangkapan, Ketua Polis Daerah Bintulu Supt Nixon Joshua Ali mengesahkan suspek masing-masingnya berumur 28 dan 34 tahun itu, telah direman tujuh hari.

Beliau berkata mangsa dibawa dari kawasan Sungai Setiam ke Hospital Bintulu, sebelum kematiannya dilaporkan pada lebih kurang 7.50 malam.

“Hasil siasatan awal mendapati terdapat kesan kecederaan pada bahagian kepala dan pinggang mangsa,” katanya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Nixon berkata kes itu diklasifikasikan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Pihaknya akan menjalankan siasatan secara menyeluruh dan orang ramai dinasihatkan untuk tidak membuat sebarang spekulasi yang boleh menimbulkan kebimbangan dalam masyarakat.

Orang ramai yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes itu, boleh menyalurkan kepada pegawai penyiasat ASP Mohamad Hashim Kasman di talian 011-15377837 atau bilik gerakan IPD Bintulu di talian 086-318304.

-- BERNAMA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan