Polis Buru Lima Lelaki Bersenjata Parang Samun Kedai Runcit Di Sarikei

18/10/2024 10:30 PM

SARIKEI,18 Okt (Bernama) -- Polis sedang memburu lima lelaki yang terbabit dalam kes samun bersenjatakan parang di sebuah kedai runcit di Jalan Meruton dekat sini hingga menyebabkan kerugian RM3,500 pada awal pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Sarikei Pemangku Superintenden Aswandy Anis berkata kejadian berlalku pada pukul 4.13 pagi ketika seorang juruwang kedai didatangi lima lelaki bertopeng dan bersenjatangkan parang.

“Semasa melakukan jenayah ini, salah seorang mereka telah meletakkan parang di leher mangsa serta menolak badan mangsa ke bawah meja. Kelima-lima suspek telah menggeledah kedai dan mengambil pelbagai barangan sebelum melarikan diri menggunakan sebuah kereta jenis Honda,” katanya kepada Bernama.

Terdahulu tular rakaman video di media sosial yang memaparkan sekumpulan suspek merompak sebuah kedai runcit.

Menurut Aswandy, pihak polis kini sedang menjalankan siasatan lanjut mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan yang melibatkan rompakan berkumpulan dengan senjata.

Pihak polis juga meminta kerjasama orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian ini untuk menghubungi Pegawai Penyiasat Inspektor Muhamad Helmi di talian 013-3787194.

-- BERNAMA

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan