BERITA TERGEMPAR   PM Anwar arrives in Jakarta to attend Indonesian presidential inauguration | 

APMM Tahan Bot Nelayan Vietnam Disyaki Ceroboh Perairan Negara

19/10/2024 04:49 PM

KOTA BHARU, 19 Okt (Bernama) -- Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Kelantan menahan sebuah bot nelayan Vietnam bersama seorang tekong dan tiga kru disyaki melakukan aktiviti perikanan secara haram di perairan negara, Khamis lepas.

Pengarah Maritim Kelantan Kepten Maritim Erwan Shah Soahdi berkata tangkapan dilakukan  di kedudukan 96 batu nautika Timur Laut Muara Tok Bali dalam rondaan Op Damai, Op Naga Barat dan Op Tiris.

Beliau berkata bot itu dikesan tidak memberi kerjasama ketika diarahkan berhenti dan cuba menuju ke sempadan perairan negara, namun berjaya ditahan.

"Pemeriksaan menemukan seorang tekong dan tiga kru kesemuanya berumur antara 48 hingga 66 tahun disyaki warga Vietnam.

“Kira-kira 1,000 kilogram (kg) hasil laut ditemukan dan 200 liter diesel, peralatan navigasi serta komunikasi dirampas dengan anggaran keseluruhan melebihi RM1.5 juta," katanya dalam kenyataan hari ini. 

Erwan Shah berkata jika sabit kesalahan di bawah undang-undang perikanan negara, hukuman denda boleh dikenakan sehingga RM6 juta kepada tekong dan RM600,000 terhadap setiap kru.

Beliau berkata kesemuanya turut disiasat di bawah Seksyen 6 (1) (c) Akta Imigresen 1959/63 kerana gagal mempamerkan sebarang dokumen pengenalan diri yang sah.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan