Polis Giat Jejak Suspek Kes Tembak Di Sibu

25/10/2024 06:27 PM

SIBU, 25 Okt (Bernama) -- Polis sedang giat mengesan suspek yang menembak seorang lelaki dalam  kejadian di Lorong Wong King Huo 21 di sini petang semalam.

Ketua Polis Daerah Sibu ACP Zulkipli Suhaili berkata suspek yang masih belum dikenal pasti itu telah melepaskan tembakan terhadap mangsa berusia 46 tahun menyebabkan kecederaan pada bahu kanan dalam kejadian pada kira-kira 2.20 petang. 

“Hanya satu das tembakan dilepaskan dan mangsa yang cedera di bahu sedang menjalani rawatan di sebuah hospital swasta di sini dan berada dalam keadaan stabil,” katanya satu kenyataan di sini hari ini

Beliau berkata satu kesan tembakan ditemui pada cermin hadapan kenderaan pacuan empat roda mangsa dan kes disiasat di bawah Seksyen 307 Kanun Keseksaan kerana cubaan membunuh

Zulkipli menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian tersebut untuk menghubungi mana-mana balai polis berhampiran atau menghubungi terus pegawai penyiasat ASP Mohd Fazirul Mohd Fisol di talian 013-8237737 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan