Letak Kepala Khinzir Di Gerai Roti Canai: Dua Lelaki Tempatan Ditahan

27/10/2024 10:00 PM

KUALA LUMPUR, 27 Okt (Bernama) -- Dua lelaki ditahan bagi membantu siasatan berkaitan kes meletakkan kepala khinzir di sebuah sebuah gerai menjual roti canai di Bandar Teknologi Kajang dekat sini pada 11 Okt lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata kedua-dua lelaki tempatan berusia 35 dan 51 tahun itu ditahan pada 15 Okt lepas di sekitar daerah berkenaan.

Beliau berkata laporan polis berhubung kejadian berkenaan dibuat oleh pemilik gerai berkenaan berusia 18 tahun pada 7.30 malam 11 Okt lepas.

Katanya menurut laporan berkenaan, pemilik gerai itu telah melihat rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan dan mendapati terdapat dua individu yang tidak dapat dikenal pasti memakai baju berwarna hitam serta helmet hitam dan merah telah masuk ke dalam kedainya.

"Mereka kemudiannya telah meletakkan daging kepala khinzir di atas kabinet dan dapur roti canai milik pengadu," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Katanya video kejadian berkenaan kemudian telah tular di media sosial sejak semalam.

Naazron berkata motif kejadian berkenaan masih dalam siasatan dan individu yang mempunyai sebarang maklumat berkaitan kes tersebut boleh menyalurkannya ke balai polis berhampiran atau  menghubungi Pegawai Penyiasat Sarjan Ahmad Faizal Hasan di talian 019-7691924 bagi membantu siasatan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan