Polis Mohon Bantuan Kesan Raisya Rasyiqah

15/08/2024 02:28 PM

KUALA LUMPUR, 15 Ogos (Bernama) -- Polis memohon bantuan orang ramai mengesan seorang remaja perempuan berusia 15 tahun yang dilaporkan hilang di Beranang, Selangor pada Isnin lepas.

Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof berkata pihaknya menerima laporan berhubung kehilangan Raisya Rasyiqah Mohd Rashdan pada 10.03 malam, Isnin lepas.

“Sebelum itu, ibunya keluar mencari mangsa yang dikatakan lewat pulang dari sekolah sebelum menemukan remaja itu di kawasan Beranang pada 6.40 petang hari berkenaan.

“Orang hilang (Raisya Rasyiqah) enggan pulang sebaliknya melarikan diri dan hingga kini gagal dikesan. Keluarga juga tidak mengetahui sama ada mangsa mendapat bantuan daripada rakan atau kenalan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Raisya Rasyiqah berkulit sawo matang, tinggi lebih kurang 148 sentimeter, berat 40 kilogram dan berbadan sederhana.

Naazron berkata kali terakhir Raisya Rasyiqah dilihat di pekan Beranang dengan mengenakan kemeja T kadet polis, seluar sukan biru tua, bertudung warna ungu dan memakai cermin mata .

Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan remaja terbabit boleh tampil ke balai polis berhampiran atau hubungi Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di talian 03-89114222.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan