Polis Tahan Lapan Individu Berjudi Dalam Apartment 

03/11/2024 09:44 PM

KUALA LUMPUR, 3 Nov (Bernama) -- Polis menahan lapan individu termasuk dua wanita ketika sedang bermain judi ‘poker’ dalam serbuan di sebuah apartmen studio di Subang Jaya, awal pagi tadi.

Ketua Polis Selangor Datuk Hussein Omar Khan berkata semua yang ditahan ialah warga tempatan berumur lingkungan 20 hingga 27 tahun.

Beliau berkata empat daripada mereka ialah penuntut universiti swasta, manakala yang lain bekerja sebagai jurujual.

“Polis merampas wang tunai berjumlah RM1,700, cip dan meja poker dalam serbuan kira-kira pukul 12.30 tengah malam yang dijalankan Bahagian Kongsi Gelap, Perjudian dan Maksiat (D7) Bukit Aman hasil maklumat dan risikan,” katanya ketika dihubungi.

Hussein berkata semua yang ditahan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Subang Jaya dan permohonan reman terhadap mereka akan dibuat esok, bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 6 (1) Akta Rumah Judi Terbuka 1953.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan