BERITA TERGEMPAR   PM Anwar Ibrahim tiba di Great Hall of People bagi kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping | 

Proses Rakam Keterangan Pasangan Pengasas Fashion Valet Masuki Hari Ketiga

07/11/2024 03:41 PM

PUTRAJAYA, 7 Nov (Bernama) -- Pasangan pengasas Fashion Valet Sdn Bhd yang terkait kes kerugian pelaburan Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) dan Permodalan Nasional Bhd (PNB) sambung memberi keterangan hari ini.

Kenderaan yang membawa pasangan itu tiba di ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di sini pada 2.34 petang.

Hari ini memasuki hari ketiga proses rakaman keterangan terhadap pasangan itu dijalankan.

Sebelum ini, Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki ketika dihubungi Bernama mengesahkan pasangan berkenaan dipanggil bagi membantu siasatan kes yang melibatkan kerugian pelaburan berjumlah RM43.9 juta itu.

SPRM juga dilaporkan telah membekukan beberapa akaun bank persendirian pasangan itu serta akuan syarikat bernilai kira-kira RM1.1 juta menerusi Op Favish semalam.

Siasatan kes berkenaan dijalankan mengikut Seksyen 18 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan