BERITA TERGEMPAR | PM Anwar Ibrahim tiba di Great Hall of People bagi kunjungan hormat ke atas Presiden China Xi Jinping | |
KUALA LUMPUR, 7 Nov (Bernama) -- Polis menahan seorang anggota tentera bersama pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM1,000 di sebuah restoran di Taman Kok Lian, Jalan Ipoh, di sini semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Sentul Supt Jasni Zolpa berkata lelaki berusia 37 tahun itu ditahan anggota ronda cegah jenayah Balai Polis Jinjang pada 3.30 pagi.
Beliau berkata pemeriksaan menemukan dadah jenis methamphetamin seberat 6.75 gram, 31 pil berwarna putih disyaki nitrazepam (38.39 gram) dan pil yaba (1.49 gram).
"Siasatan awal mendapati dadah itu dipercayai untuk kegunaan sendiri,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Jasni berkata lelaki itu yang positif terhadap dadah kini direman hingga esok untuk siasatan mengikut Seksyen 39A (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial