GEORGE TOWN, 10 Nov (Bernama) -- Seorang remaja perempuan berusia 15 tahun maut selepas terjatuh dari tingkat 16 di sebuah kondominium di Farlim, di sini kira-kira pukul 11.45 malam tadi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Timur Laut Supt Lee Swee Sake yang mengesahkan kejadian ketika dihubungi berkata setakat ini tiada unsur jenayah dikesan dalam insiden itu, namun siasatan lanjut masih dijalankan.
“Mayat remaja itu telah dihantar ke Hospital Pulau Pinang dan proses bedah siasat akan dijalankan hari ini,” katanya.
Remaja yang masih bersekolah itu dikatakan berada di rumah bersama teman lelakinya berumur 16 tahun dan kakak angkat perempuan berumur 20-an sebelum kejadian.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial