Suspek Simpan Mayat Dalam Peti Sejuk Direman Tujuh Hari

13/11/2024 04:33 PM

KUALA LUMPUR, 13 Nov (Bernama) -- Lelaki yang membunuh dan menyimpan mayat seorang wanita dipercayai ibu kandungnya dalam peti sejuk sejak tiga tahun lepas di sebuah rumah di Taman OUG, Jalan Klang Lama di sini, direman tujuh hari bermula hari ini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Rusdi Mohd Isa berkata suspek berusia 53 tahun yang juga seorang penganggur itu akan direman hingga 19 Nov. 

Beliau berkata suspek tidak mempunyai sebarang rekod jenayah lampau dan polis masih menunggu laporan kesihatan daripada pihak hospital serta laporan bedah siasat ke atas mayat mangsa. 

“Suspek sendiri yang membuat panggilan polis bagi menyerah diri dan tindakannya itu masih dalam siasatan,” katanya dalam kenyataan hari ini. 

Pada 8.45 pagi semalam, polis menerima maklumat mengenai penemuan mayat wanita di sebuah rumah di Taman OUG sebelum lelaki warga tempatan berusia 53 tahun itu ditahan.

Mayat mangsa dihantar ke Pusat Forensik Pusat Perubatan Universiti Malaya untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan