CHUKAI, 18 Nov (Bernama) -- Seorang kontraktor mengalami kerugian RM260,000 selepas diperdaya skim pelaburan tidak wujud menerusi aplikasi WhatsApp.
Ketua Polis Daerah Kemaman Supt Hanyan Ramlan berkata lelaki berusia 39 tahun itu telah dihubungi individu tidak dikenali pada 6 Nov lepas, yang menawarkan pelaburan dengan pulangan lumayan.
Beliau berkata kontraktor itu bersetuju membuat sejumlah pelaburan, dan pada awalnya mendapat pulangan seperti yang dijanjikan, menyebabkan dia semakin yakin dan berani membuat pelaburan seterusnya.
"Dalam tempoh 10 Nov hingga 15 Nov lepas, lelaki itu telah membuat 11 transaksi ke empat akaun berlainan seperti diarahkan,” katanya ketika dihubungi hari ini.
Hanyan berkata kontraktor itu mula curiga dengan skim tersebut selepas tidak lagi menerima keuntungan yang dijanjikan, dan membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kemaman petang semalam.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial