JABATAN PEGUAM NEGARA KESAL PENYEBARAN MAKLUMAT, AKAUN PALSU DI FACEBOOK

11/12/2024 05:56 PM

KUALA LUMPUR, 11 Dis (Bernama) -- Jabatan Peguam Negara (AGC) memandang serius dan kesal terhadap penyebaran maklumat palsu dan mengelirukan yang tular di media sosial, khususnya melalui akaun palsu AGC di platform Facebook.

Jabatan itu menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan AGC dan Bahagian Pendakwaan tidak pernah menawarkan sebarang perkhidmatan seperti yang didakwa oleh akaun palsu menggunakan nama 'Putrajaya AGC' tersebut.

"Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan agar tidak menyebarkan maklumat tersebut, sentiasa berhati-hati, dan tidak mudah terpedaya dengan tawaran yang dibuat oleh akaun palsu berkenaan," menurut hantaran tersebut.

AGC turut memuat naik beberapa tangkap layar akaun palsu itu yang menggunakan gambar profil jata negara dan tawaran perkhidmatan palsu di Facebook berkenaan.

Orang ramai boleh mengikuti Facebook rasmi Jabatan Peguam Negara di pautan https://www.facebook.com/profile.php?id=100064838618925.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan