Peniaga Rugi Hampir Setengah Juta Terpedaya Pelaburan Tidak Wujud

18/12/2024 07:05 PM

JOHOR BAHRU, 18 Dis (Bernama) -- Seorang peniaga mengalami kerugian hampir setengah juta selepas terpedaya dengan pelaburan tidak wujud.

Ketua Polis Daerah Kulai ACP Tan Seng Lee berkata lelaki tempatan berusia 45 tahun itu membuat laporan polis semalam.

Beliau berkata mangsa mendakwa tawaran pelaburan itu diiklankan di Facebook dan menjanjikan keuntungan sebanyak tiga hingga 120 peratus dalam tempoh tiga hari dan keuntungan boleh disemak menerusi aplikasi dikenali sebagai 'Cap Max'.

"Mangsa yang berminat dengan tawaran itu telah membuat tujuh transaksi pembayaran berjumlah RM544,200 ke empat akaun bank tempatan dari 25 Nov sehingga 12 Dis lepas," katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata mangsa menyedari ditipu selepas gagal mengeluarkan keuntungannya yang didakwa berjumlah RM9.4 juta seperti yang dipaparkan menerusi aplikasi tersebut, selain akaun turut disekat.

Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2024 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan