KOTA BHARU, 18 Dis (Bernama) -- Polis memberi amaran keras kepada orang ramai supaya tidak menghampiri kawasan runtuhan tanah di tebing Sungai Kelantan berhampiran sebuah kondominium dan hotel di Jalan Post Office Lama, di sini.
Ketua Polis Kelantan Datuk Mohd Yusoff Mamat berkata pihaknya mendapati orang ramai masih berkunjung ke kawasan itu tanpa tujuan munasabah.
"Walaupun garisan kuning telah dipasang, kawasan itu menjadi tumpuan orang ramai yang masih degil. Pihak berkuasa tidak akan bertanggungjawab jika berlaku kemalangan di kawasan itu,” katanya kepada Bernama hari ini.
Tinjauan Bernama di kawasan terbabit petang ini mendapati orang ramai tidak mengendahkan arahan pihak berkuasa dan bebas keluar masuk serta membuat kandungan media sosial.
Pada Isnin, satu runtuhan sepanjang lebih 50 meter dikesan berlaku di tebing Sungai Kelantan menyebabkan laluan pejalan kaki di lokasi itu terhumban ke bawah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial