MIRI, 20 Dis (Bernama) -- Seorang pemandu dan kelindan maut di tempat kejadian apabila lori kargo yang mereka naiki merempuh treler yang diparkir di bahu Jalan Pan Borneo-Miri berhampiran Ladang Tiga, Suai, kira-kira 80 kilometer dari sini awal pagi tadi.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Bomba dan Penyelamat Sarawak berkata pemandu dikenali sebagai Bonaventure Jimmat, 31, manakala kelindan Keeshen Marks Donald Bujang Nasil, 26, disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan yang tiba di lokasi.
Beliau berkata panggilan kecemasan diterima pada 2.37 pagi sebelum pasukan operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Niah dengan kekuatan lima anggota dan jentera digerakkan ke lokasi yang jaraknya 28 kilometer.
“Kemalangan melibatkan lori kargo yang merempuh bahagian belakang treler diparkir di bahu jalan mengakibatkan dua mangsa lelaki tersepit pada bahagian hadapan lori kargo tersebut,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial