KUALA LUMPUR, 14 Jan (Bernama) -- Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dan Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) akan meningkatkan kerjasama bagi menangani cabaran dalam membanteras jenayah rasuah di peringkat serantau dan antarabangsa.
Menurut hantaran Facebook SPRM hari ini, kerjasama itu dizahirkan menerusi kunjungan hormat FBI diketuai Atase Undang-Undang Jagdeep Khangura ke atas Ketua Pesuruhjaya SPRM Tan Sri Azam Baki di Ibu Pejabat SPRM, Putrajaya hari ini.
Mesyuarat yang berlangsung selama kira-kira satu jam itu memfokuskan kepada kerjasama risikan dan siasatan dalam kes-kes berprofil tinggi melibatkan Malaysia dan Amerika Syarikat.
Azam berkata SPRM bersedia untuk memberikan kerjasama menentang rasuah termasuk dalam aspek pencegahan pengubahan wang haram.
“Kekuatan serta keakraban hubungan di antara SPRM dan FBI jelas diperlihatkan melalui pencapaian pemulihan aset terutamanya daripada kes berkaitan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB),” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial